Daisypath Friendship tickers

Saturday, January 1, 2011

ungkit-ungkit 2010


assalamualaikum. permulaan yang lebih baik utk blog, insyaallah, ingin dikekalkan dlm hidup. wish me luck :)

baiklah, sesi imbauan memori. sediakan tisu 23 kotak disisi anda kerana kita bakal teresak2 sebentar lagi. kalau tak ada tisu sekalipun, pastikan anda ada sapu tangan paling tidak pun baju anda. namun pastikan sebelum tidur, tukar baju itu ya. segala lendiran yg melekat hasil esakan ini tidak harus dibawa tidur kerana berkemungkinan akan mengundang nightmare. wahahahahahah!

imbauan satu,
permulaan sekolah yang memeritkan. ya, manusia seperti aku amat payah menerima perubahan walaupun utk kebaikan. apatah lagi perubahan yg masih kabur matlamatnya! aku dipisahkan dari rakan2 sekelas tahun lepas (2009). ya, isu rombak besar-besaran 2010 di smj mnjadi hot topic utk smua student form 5. gara2 kelas RUBY yg dibubarkan, kami disusun tonggang terbalik. hahah. well, sampai bulan berapa tah, kelas aku masih terabur dan kami sekelas masih tak ngam! macam2 entry kat blog ni yg memaki pelbagai pihak. konon nak tunjuk perasaan, padahal terang lagi bersuluh lah tak dak sapa baca pun! hahahah. bodonya aku, tambah dosa kering. insaf, insaf...

imbauan kedua,
berkelahi or bahasa kedahnya berkelai! well, standart lah! budak sekolah + fighting is unbreakable. mcm pinang dibelah dua kan? percanggahan pendapat or lebih sesuai aku katakan salah faham telah memunahkan persahabatan yg baru aku bina setahun jagung. kesal? yes i am! sebenarnya bila fikir balik, semuanya boleh diselamatkan sebab puncanya kecik sangat. kalau lah aku lebih peka, kalau lah aku boleh lebih sabar, kalau lah aku boleh fikir dgn lebih matang, semua ni takkan jadi. sayang, semua tinggal "KALAU LAH..." insaf, insaf..

imbauan ketiga,
per-kelahi-an semakin kritikal. mula melibatkan banyak pihak. sekali lagi, salah faham jadi punca. erm, aku rasa bukan lah salah faham semata-mata. ada yg jadi 'tukang cucuk' rupanya. well, entry ni bukan untuk menyalahkan sesiapa. aku cuma coretkan saja. bukan masanya aku nak salahkan hang. maaf lah, aku pun sebenarnya tak salahkan hang 100%. kalaulah aku lebih hati-hati sebelum percaya bulat-bulat apa hang cakap, mungkin semua ni takkan jadi. kalaulah aku lebih teliti untuk dengar smua penipuan hang yg baru dua-tiga saat jg 'kawan' tentu semua ni boleh dielakkan. sayang, sekali lagi, semua tingga "KALAU LAH..." insaf, insaf..

imbauan keempat,
lagi per-kelahi-an. yang paling teruk tahun 2010, aku pun tak pernah sangka akan terlibat dlm kes sebesar ni. kalau cerita pun semua org akan judge sebelah pihak saja. ya, mana ada manusia yg sempurna. mana ada manusia yg terlalu berani mengaku salah, well mungkin ada tp susah nak jumpa kan? berat mata memandang berat lg bahu memikul. aku tak mengerti mungkin kerana aku tak berada di situasi tu. tapi tak la pulak bermakna aku rela kan ja aku dijadikan 'mangsa keadaan'. maaf lah, merapu kan? kepada yg faham, faham lah. pada yg tidak, usah bertanya ya. aku tak mau ingat. betapa berdosanya aku pada seorang guru. ya, dan betapa egonya aku untuk memohon ampun. adilah, insaf, insaf..

imbauan kelima,
high school - love, love - high school. hahaha. ni yg ditunggu-tunggu kan? kisah cinta sekolah menengah. ya, bagi aku ni bosan. sedih? ya jugak la. lebih kepada ketidak-matangan rasanya. aku masih mentah. tapi aku belajar sesuatu, jangan pandang enteng pada perasaan yg mulanya kita rasa. ia boleh buat kita menyesal selamanya. dan jangan nafi apa yang kita rasa tapi tak salah utk lari darinya demi kebaikan bersama :)

imbauan keenam,
SPM! menakutkan? bagi aku, kemenangan! dan kesedaran. SPM buat aku sedar, tentang motif aku mai sekolah. hahah. kurang asam, pi sekolah cuma utk SPM? no, no, aku mai sekolah mencari keberkatan, mencari ilmu, mencari pahala, well disamping mencari kawan2 for sure! hahah. school is the best memory ever dan SPM lah yang menamatkannya. jadi sapa kata habis SPM bahagia? SPM menamatkan zaman terindah dalam hidup tp smua org pun kena lalui kan? tak kan lah kau nak selamanya form 5? everybody will grow up. kan?

imbauan ketujuh,
mencari kawan? well, I have to agree with Sarah. this is the year of friendship! bukan lah tahun2 lepas aku tak da kawan just this year, kematangan mengajar aku bahawa KAWAN dan SAHABAT is really are different things. dan aku pun belajar, that both of them datangnya silih berganti. sapa kata sahabat kekal selamanya? no, kita declare sahabat boleh tapi berjanji kekal selamanya? no! we cant! hanya Allah tahu setakad mana kita akan kekal. tapi aku harap sahabat yang aku ada sekarang akan kekal lah. insyaallah. :)

lepas baca sekilas imbauan ni, ada ka yg teresak-esak? no i bet! hahah. saja lah aku terlebih metafora diawal perenggan tu. pancing pembaca konon. well, you know me! tapi bagi yang terlibat dengan semua imbauan di atas, *tak perlu lah disebutkan nama* aku minta maaf. semoga tahun 2011 ni, semua tu tak jadi lagi pada kita.

dan, kepada member2 smj,
(afiqah,sarah,chibi,farah,shidah,fatin,naimdodo,abglong aiman,bromuaz,afiq,akmal,amerfahmi,faiz,prab,hadi,halim,mel,mirin,linda,icha,amni,jas,naim ahmad,mucid,maru,irfan,acapshuib dll)
thank you for always be there for me. forgive all my bads.
harap boleh terus kawan dengan hampa smua sampai bila2, insyaallah

so, here we go,
ASSALAMUALAIKUM 2011
:)

2 comments:

sigadis said...

sarah siswadi was mentioned TWICE!
love ya!

princess chibi said...

syg lah..=)