Daisypath Friendship tickers

Tuesday, October 12, 2010

pen di jari


dalam sesak,
penuh keramaian manusia,
sepasang mata bertemu dalam sudut rindu,
mencari segaris senyuman dari wajah si dia,
tidak berjumpa..

setelah letih mencari,
aku bersandar di sudut redha,
mencari serangkap tabah dari penjuru hati,
tidak ketemu..

wahai engkau yang tahu,
tidak pernah aku jemu mencari wajahmu,
tampak tenang, atau resah,
wajah itu membuat aku lega,
kerana setidak-tidaknya aku tahu,
engkau ada, masih berhampiran denganku...

adilah, 4.33pm

2 comments:

Anonymous said...

sape?
-ek

lah said...

bukan kau lah yg pasti! :P