Daisypath Friendship tickers

Sunday, July 4, 2010

speacially dedicated to: afiqah fitri bt sahillah

sayang,
ibumu menanti dgn senyuman
menutup kedut2 di wajah yg kian dimamah usia
sembunyi segala rasa yg terhampar di dada
biar apa jua, manis atau sebaliknya,
hanya senyuman itulah,
itulah yg menghias warna
hidup kita saban hari...

dan sayang,
adik-adikmu bersenda dalam ria
di usia itu,
manalah ada rasa seperti kita..
apa jua yg ada di depan mata
dibuat mainan penghasil tawa
namun jgnlah sangka mereka tidak mengerti
hati tetap akan terjentik
hanya tidak tahu utk diluah..

sayang,
pengertian dalam satu pengorbanan
bunyinya saja pahit didengar
apatah lagi dirasai, ditanggung, dipikul
berat sudah tidak terhingga
perit dan maung tidak terkira
dalam hidup, akan ada masa kita terluka
terkenang yg tiada disisi
buat mata pecah, airnya deras menuruni pipi

sayang,
kekuatan tidak hadir tanpa latihan
tangisan yg mengiringi perpisahan hari ini
sebenarnya batu loncatan
kekuatan esok hari..
sekurang-kurangnya, biasakan diri
yg hidup pasti akan merasa saat duka
kerana keindahan dunia kebanyakkannya
propaganda..

sayang,
sudah aku berjanji
datanglah segala beliung atau taufan
aku tetap di sini
bunyinya tidak logika
kekuatan aku, datangnya setelah melihat
ketabahan kamu..
maka, kuatlah...
demi mereka, demi mereka...

adilah halim

4 comments:

Afiqah Sahillah said...

okay, i da start nngis balek :(

Afiqah Sahillah said...

btw, thnks okay, i sayang you gegila!

Afiqah Sahillah said...

and! lagu tuuu, sejukkan hati plak, tdik kasi caer hati, hahaha, thnks huney!

Afiqah Sahillah said...

and! lagu tuuu, sejukkan hati plak, tdik kasi caer hati, hahaha, thnks huney!