afiqah fitri bt sahillah
- saya trhutang budi, banyak sangat pada awak. mungkin awak x sedar, hari ni, lengkap hampir 3 tahun saya mengenali afiqah fitri. waktu form 1 saya x kenal awak. bila form 2, bulan 5 bru saya mula 'ngorat2' awak. hahah.. saya x pernah fikir pun bleh jd kwn baik awak. but time change everything! awak selamatkan saya dari dunia dimana saya tenggelam dalam kebodohan. terima kasih atas segalanya.. awak, istimewa dalam hidup saya.
sarah siswadi
- mungkin satu ketika dulu, kita pernah rapat. saya ingt lg, waktu form 2, saya dan awak, sangat rapat. kita sama2 taekwondo. saya suka sangat masa ni. kita masih kanak2 ria dan bahagia. hidup x se-complicated ini.. saya minta maaf, kerana semakin usia kita meningkat, semakin ia membawa saya jauh dari awak. saya minta maaf juga kalau saya gagal jadi kawan yg baik.. saya selalu cuba jadi seseorg mcm awak, awak bleh hidup wlaupun dunia mencemuh awak. awak, istimewa dalam hidup saya..
nur izzati mahadi
- saya sdar, hari ini, masa dan jarak memisahkan kita. awak, jauh lebih berjaya dari saya. dari segal segi, awak terlalu hebat utk saya tandingi. semakin kita berjauhan, kdg2 saya rasa saya semakin tidak mengenali awak. tp akhirnya saya sedar, masa mematangkan semua org. saya berubah.. mungkin saya yg tak mengenali diri saya lagi. maafkan saya, sepanjang awak tiada disini, saya lakukan byk khilaf. hri ini, ketika menulis ini, saya ditikam rasa bersalah kerana itu. saya rosakkan semua yg awak tinggalkan. semua memori kita.. SO5, semua yg indah dulu, semuanya dah saya musnahkan.. apapun, awak tetap istimewa dalam hidup saya.
nurul aufa ab majid
- awak juga, hari ini jauh dari saya. saya tahu, awak dengar semuanya.. saya sudah berubah. saya kejam akhir2 ini. maafkan saya, saya terlalu lemah dalam pertarungan emosi. saya musnahkan apa yg kita panggil persahabatan. hari ini, saya lebih menyalahkan diri sendiri atas apa yg berlaku. saya tahu awak kecewa dengan saya. maaf, saya telah sakiti org2 yang awak sayangi. tpi saya mahu awak dan mereka tahu, saya juga, sayang pada mereka. hanya saya tidak mampu meluahkannya.. awak, istimewa dalam hidup saya.
nursyaza ainun
- awak ada disini, tapi saya yg menjauhkan diri. saya tahu, awak tahu apa yg berlaku. maafkan saya, saya hancurkan sisa-sisa SO5 yg tinggal. saya tak salahkan awak kalau awak marah atau benci pada saya. kali ini, saya layak dibenci. saya tak malu mengaku, saya rindu masa dulu. waktu kita bahagia dulu..kdg2 saya letih mengimbau kenangan, tapi ia terlalu manis utk dilupakan. maaf, saya tak dapat ulang waktu itu. saya minta, jgn lupakan saya. saya tak pernah lupakan awak.. sebab awak istimewa dalam hidup saya
am*i ahm*d
- saya tak berani tulis penuh nama awak, tapi saya tahu awak faham. maaf, saya tahu saya kasar. saya sakiti smua org. kalau saya kata, ini bukan kehendak saya, adakah awak akan percaya? saya tak mahu bermusuh dgn sesiapa. tapi saya manusia biasa, saya buat silap.. saya tahu, awak juga manusia.bukan sifat manusia utk selalu memaafkan. setakad ni, mungkin kita sama2 kecewa. saya mahu awak tahu, seteruk mana pun saya maki awak, saya tak pernah buang memori yang awak pernah jadi yg terbaik dalam hidup saya. maaf,saya tak mampu lagi menyusun kata dan berdiri dihadapan awak. tapi awak, tetap istimewa dalam hidup saya.
haslind* has*n
- mungkin awak dah buang saya dari senarai org yg awak pernah kenal. saya faham. saya bukan nak tunjuk belang, jauh sekali mnyakiti org yg sudi kutip saya dari buangan. saya terhutang budi & maruah pada awak. adakah awak rasa saya begitu kejam hingga sanggup tikam penyelamat saya dari belakang? maaf, kata-kata atau tulisan saya di mana2 web yg awak baca, mungkin menykitkan awak. saya menulis pada lahiriah emosi. jejari saya menaip dlm cngkaman amarah yg tak berdefensi. saya mahu awak tahu sesuatu, sejauh mana pun saya gambarkan kebencian, awak masih individu yg berjasa bg saya. sebab itu, awak istimewa dalam hidup saya.
siti nurfarehah
- awak dan saya, kisahnya masih baru. jangan kata awak tidak tahu, saya faham keadaan awak yg berada dalam persimpangan. mulanya situasi kita sama. entah macam mana, saya terheret sama. saya sedih kita dah tak macam dulu, tapi saya tahu awak lebih selesa dgn suasana baru. kita berubah, tapi kenangan tidak. saya tak akan lupa, selagi cereblum saya berfungsi. saya akan ingat awak, sebab awak istimewa dalam hidup saya.
~ saya menulis entry ini waktu malam. disebelah saya, adik saya sedang nyenyak tidur.. tadi, dia bercerita tentang kawan2 dia. itu yg buat saya teringat ada insan2 ini.. yang saya gelar SAHABAT. selama ini, saya salahkan org lain atas kesalahan saya. malam ini saya nampak dimana kecetekan fikiran saya telah menyebabkan saya hilang kebanyakan dari mereka dalam hidup saya. saya rasa ini menggambarkan apa yang saya benar2 mahu katakan. saya tak mampu luahkan dgn lidah, saya harap entry ini menjadi alat utk mereka tahu..
"kau VIP dihatiku.."
:.lah.:

6 comments:
auuww...sadis la ilah...dun worry k, skank pun rapat laagik...lebiu!!
:((( i lefiu more :)
HAHA, pasal akak ta ada ke? :((
touching lahhh! :)
btw, totally sweet :)
sarah: ya ka?? heheh.... lebiu more! :))
eyqa:thanks :)
kak rina: heheh....nti dlah bwat satu entry utk akak key? thanks:)
Post a Comment