Daisypath Friendship tickers

Saturday, January 30, 2010

terlalu dalam


dalam alpa melayan tawa rakan2,
seimbas muncul satu putik kenangan, sebuah lembaran angan
terdengar sindiran dicuping telinga
ya, benar!
aku menanti kucing bertanduk,
aku mengharap mentari sejuk!

masih baru dalam dunia pra-dewasa,
lelah aku dalam ombak warna,
langkah makin terhenti di pintu memahami
erti menyusul dalam sabar dan tabah
tawadduk dan istiqamah..

muara luas kini mengecil
pelbagai rona rupa dan pekik manja
begitu manis dipandangan insan hina
memerhati dalam sebak memanjat kubu rasa
hancur...
dek air mata duka, lara,
dengan hati nan sarat keluhan
menerpa setiap sudut,
menangisi apa yang masih belum difahami, belum dimengerti
maknanya, terlalu dalam..

adyla halim

4 comments:

Anonymous said...

Dunia ini memang sebegini. Kuatkan diri, biarlah langkahmu membimbing kamu ke jalan benar. Ms Adyla, aku sudah jadi 'follower' kau ya.

Lucy S. said...

nice one sis :]

lah said...

aku: thanks, i will!

lah said...

kak alyn: budak bru belajar.. thanks!